Kelas Asas Matematik Menggunakan Microsoft Excel Day 2

17 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Matematik Menggunakan Microsoft Excel ini merupakan kem yang dianjurkan sempena musim cuti sekolah. Kem ini diadakan selama dua hari iaitu 13/3/2020 dan 16/3/2020. Sasaran utama kem ini diadakan ialah kepada pelajar-pelajar sekolah rendah yang sedang bercuti. Kelas Asas Matematik Menggunakan Microsoft Excel terbuka kepada pelajar darjah 1 hingga darjah 6. Seramai tiga orang pelajar lelaki dan dua orang pelajar perempuan menyertai kem ini.

Kem ini secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan minat mereka kepada subjek Matematik, yang mana sangat penting terutamanya dengan pengenalan silibus baru matematik yang mementingkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam menyelesaikan masalah matematik. Selain daripada mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pelajar,kem ini juga dapat membantu pelajar memahami topik-topik asas matematik yang masih belum dikuasai..Selain itu,pelajar didedahkan dengan pengiraan secara cepat dengan menggunakan aplikasi pada masa kini iaitu menggunakan aplikasi Microsoft Excel.Dengan cara ini memudahkan lagi pelajar membuat pengiraan secara betul dan tepat.Pelajar-pelajar juga di berikan latihan secara bertulis dan atas talian bagi menguji tahap pengetahuan dari apa yang mereka pelajari dari kem ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas